Sunday, August 15, 2010

kisah klasik bbk3408

Bermula dengan kisah bbk 3408(sastera multimedia), merupakan satu subjek wajib untukku. Tanggal 15 Julai 2010, tepat jam 10 pagi merupakan detik bermulanya aku menjejakkan kaki dan segala persiapan mindaku termaktub dalam kotak fikir. Dalam debar dan buat-buat berani aku terus memasuki kelas . aku akur bukan aku sorang saja yang berdebar tapi aku dapat rasai seluruh gerakan jantung orang di sekeliling aku turut merasainya. Dengan susunan langkah yang begitu pantas, cekap dan penuh dengan semangat pensyarah yang di tunggu telah sampai. Tanpa berlengah lagi,pensyarahku memberi salam dan menyatakan hasratnya"saya mahu anda datang kuliah saya tepat pada masanya jika tidak anda tidak perlu masuk". hmmm,lihatlah ungkapan ini menunjukkan bahawa pensyarah aku ini memang tegas. aku memberanikan diri lagi untuk lihat wajah pensyarahku ini, sebab aku ni jenis kena lihat wajah guru yang nak mengajar aku baru aku rasa puas. selepas aku lihat wajah pensyarahku ini aku tahu diraut wajahnya dapat kubayangkan ketegasan, keberanian dan semangat yang penuh iltizam itu dipamirkan dan dalam benak hatiku aku terus berfikir untuk memastikan aku perlu mencontohinya sikit-sikit dulu pun kira ok la asalkan perlu contohi.pada hari kuliah seterusnya, banyak tugasan yang perlu untuk aku dan rakan-rakan menyelesaikan, tapi kami pastikan segala-gala dapat diselesaikan sebaik mungkin. Pengalaman yang aku dapat dalam kuliah ni adalah aku perlu menjadi berani, pantas,displin,rajin, dan lain-lain sikap yang memupuk nilai-nilai positif. Peristiwa yang paling bersejarah dan aku tak akan lupa adalah peristiwa aku dan group aku kena berdiri kat depan kelas sebab apa, itu menjadi rahsia aku dan rakan-rakan kat kelas. Tapi peristiwa tu jugak mengajar aku erti kehidupan. Kenangan yang tak dapat aku lupa sewaktu kuliah yang terakhir bersama pensyarahku dr normaliza, sebelum pulang aku dan rakan-rakan sempat bersalam-salaman dengannya dan waktu aku nak salam pandangan dr berpusat padaku dalam memberikan senyuman yang paling bermakna,sebab aku susah nak lihat dr memberikan senyuman,pulak tu hari tu aku dapat senyuman yang paling manis darinya.jiwa aku rasa suka sangat2.aku harap dr dapat melakukan tugasannya dengan baik di tempat yang baru di ireland nanti. yang pasti aku mendoakan agar Allah memberikan keselamatan dan kesihatan yang baik terhadap semua pensyarah-pensyarahku.amin..Yang pasti subjek ni banyak memberikan pendedahan praktikal yang betul-betul mendisplinkan diri dan memperoleh ilmu yang baru...

Khas sajak ni aku buat buat pensyarahku dr normaliza..

hari ni...
aku dalam debar dan penuh percaya
ilmu yang kau curahkan
pasti berguna

hari ini
kau mengajarkan aku erti kehidupan
persoalan yang kau lahirkan
terungkai satu persatu
memusatkan mindaku bersatu

hari ini
kau pergi mencurahkan bakti
buat insan yang lain
tanpa jemu dan ikhlas
tanpa menoleh ke belakang lagi

hari ini
aku sedar
kau ingin membentuk
insan yang sentiasa memegang sebuah janji
amanah tetap amanah

sekian, terima kasih pensyarahku dr normaliza halalkan ilmu yang kau curahkan untukku ...






1 comment: