
salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, alhamdulillah dengan tanggal 31 0gos 2010 bersamaan 21 ramadhan genaplah 53 tahun usia tanah air kita mencapai kemerdekaan. Sebagai warga Malaysia yang beragama Islam , dalam bulan yang penuh barakah ini sambutlah dan hayatilah kemerdekaan negara kita dengan memuji akan kebesaran nikmat yang diberikan Allah S.W.T. Bersama-samalah kita memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t ....
sajak khas untuk kemerdekaan..
Jadilah insan
yang tidak jumud
bersyukur kepada Yang Maha Esa
bersama menghayati erti kemerdekaan
Jadilah insan
yang tidak lokek
menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara
untuk mempertahankan kemerdekaan
Jadilah insan
yang tidak leka
dalam dunia khayalan manusia
yang membunuh makna kemerdekaan
Jadilah insan
yang berjihad kerana Allah
dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara
............................................................................................
terus terang aku merinduimu...
aku mencintaimu...
kesetiaanku ini tidak berbelah bagi
keranamu Malaysia.......
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53......
............................................................................................