Friday, July 30, 2010

teka- teki bhg 7

1) bergerak laju walaupun kecil
sukar membawa muatan berlebihan

2)bentuknya banyak ada di pasaran
banyak udara bukan oksigen

3)boleh digantung di mana sahaja
tempat membeli dimana-mana

4)pelbagai bunyi boleh bergema
ada di dalam badan manusia

5)badannya kurus panjangnya ia
sukar dibawa kemana-mana

teka-teki bhg 6

1)buahnya bulat bijinya merah
sukar didapati susah dijaga

2)mudah didapati dimana-mana
sudah dibuang datang kembali

3)hidupnya suka menjalar-jalar
berwarna hijau bergelar junjungan

4)boleh digunakan setiap waktu
boleh bernyawa walaupun keadaan terbatas

5)bentuknya bulat daunnya hijau
bila dipetik getah bertitik

teka-teki bhg 5

1)makanan free setiap hari diberi
suasana gelap amat derita

2)suka menceriakan manusia
hatinya derita tiada siapa tahu

3)bila bersukan rumah tercipta
ada bumbung hanya seketika

4)diperbuat dari kayu atau besi
menjadi sahabat setia menanti

5) bila malam harum baunya
disangka hantu bukan tentunya

teka- teki bhg4

1)bila ditegur memberi jelingan
sikap ini memakan diri

2)digelar rumah masa hadapan
tiada pengikut untuk berteman

3)tinggal dilaut kadang-kadang dipantai
tiada kaki susah nak kesan

4)ditiup angin pasti berderu
bila malam tiada siapa ingin lalu disitu

5)tidak perlu untuk diriba
sebagai alat pemudah cara
boleh diletak dimana-mana

teka- teki bahagian3

1)berwarna hijau rapuh dimakan
amat popular di pulau pinang

2)bila dipakai digelar buta
mudah dibawa merata tempat

3)badannya cantik berwarna dua
tingginya mengalah si burung jinjang

4)digunakan untuk beradu
sekali kena mati tak tentu

5)digelar tajam tapi tak tajam
tempatnya terletak di negeri berpulau

teka-teki bhg 2

1) di atas lebuhraya
kenderaan apa banyaknya tayar

2) antara banyak-banyak bukit
bukit apa banyak wang

3) pandai bercakap bila dilatih
dipanggil kakak bukan manusia
apakah ia

4) tidak boleh memberi sumpah
badan berekor tidak tinggal di kawasan sampah
apakah ia

5) antara banyak- banyak buah
buah apa berbiji di luar

teka- teki bhg 1

1) boleh bercakap bila ditekan
memberi info juga hiburan


2) habitatnya di atas daun
suka merayap merata-rata
bila terkena badan binasa


3) mudah dibuka mudah ditutup
diperbuat dari buatan kayu
jika dibuka kaki disarung
apakah benda itu

4) berwarna merah sentiasa tersedia
digunakan manusia memyelamat diri

5) bila bergerak menggunakan roda
barang disimpan tiada batasannya
boleh dibawa kemana-mana

Thursday, July 15, 2010

Ceritera Dunia....

Dunia adalah sebuah pentas kehidupan
Adanya
Penghuni jenuh dengan ragam
Hamparan terlakar
Hitam putih warna keperibadian

Dunia berpura- pura
Menghargai kehadiran manusia
Mengukir senyuman kelat
Memukau amarah dan kesedihan
Mecemuh kehadiran manusia
Dalam diam

Dunia tertawa sendiri
Makhluk di bumi masih terleka
Dibuai mimpi
Menyulam nafsu serakah
Menutup kotak fikir
Membelai nafsu lesu

Dunia sudah tua
Lelah menangis
Jemu berharap
Damba kasih insan
Sujud syukur pada Pencipta



Dunia adalah destinasi insani
Yang tidak akan kekal
Adanya
Penghuni perlu saling mengingati
Dunia hanya sementara
Akhirat abadi selamanya